My Add

Monday 14 November 2011

Universiti, kolej swasta milik orang Islam perlu ditingkatkan

ISNIN, 14 November, 2011: Pemilikan dan pengurusan universiti dan kolej swasta oleh orang Islam di negara-negara majoriti penduduk Islam dan minoriti Islam perlu ditingkatkan untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap pendidikan tinggi berikutan pertumbuhan pesat populasi Islam.

Bernama memetik Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Prof Tan Sri Ekmeleddin Ihsanoglu sebagai berkata, pemerkasaan masyarakat Islam untuk memiliki, menguruskan dan mengawal institusi pengajian tinggi akan menjadikan bidang itu lebih responsif terhadap keperluan dan aspirasi tempatan.

"Pemerkasaan masyarakat untuk menubuhkan, membiayai dan menguruskan institusi pengajian tinggi swasta akan memerlukan latihan dan pembinaan negara bangsa di pelbagai peringkat dan kumpulan pakar yang mencukupi dalam pengajaran dan pengurusan yang boleh menjamin kualiti dan keseimbangan antara motif berasaskan pasaran dan perspektif akademik”.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama yang dirakamkan dan disiarkan kepada peserta Persidangan Islam dan Pengajian Tinggi Antarabangsa (ICIHE) ke-2 di sini hari ini.

Ihsanoglu berkata, pemimpin komuniti dan masyarakat Islam perlu aktif bersama-sama dengan kerajaan menerusi perkongsian awam-swasta.

"Secara tradisinya di negara-negara Islam, dana wakaf telah memainkan peranan penting dalam pembiayaan pendidikan, dan terdapat keperluan untuk memperkukuhkan mekanisme itu berdasarkan pengalaman sejarah banyak negara anggota OIC,” katanya. 

No comments:

Post a Comment