My Add

Thursday 17 November 2011

UPSR 2011 terbaik tempoh 4 tahun, Terengganu kekal rekod

PELAJAR SK Putrajaya Presint 8 (1), Nur Tikah Mohamad Tarmizi (depan) bersama rakan, Aisyah Hussain (kiri) dan Azizah Azizul gembira meraikan kejayaan memperoleh keputusan 5A Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin


KHAMIS, 17 November, 2011: Keputusan keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 merupakan yang terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), sungguhpun pencapaian calon cemerlang semua A mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lepas.

Terengganu terus mengekalkan pencapaian terbaiknya buat kali ke-11 berturut-turut.

Seramai 3,548 calonnya memperoleh semua A (15 peratus) daripada 22,801 calon, peningkatan 0.2 berbanding tahun lalu manakala gred purata negeri bertambah baik kepada paras 2.15 peratus.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, seramai 46,012 daripada 485,160 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A, namun pencapaiannya menurun daripada 10.02 peratus pada tahun lepas kepada 9.48 peratus tahun ini, lapor Bernama.

Ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2011 di Kementerian Pelajaran hari ini beliau berkata, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat daripada 54.38 peratus tahun lepas kepada 55.45 peratus tahun 2011.

Abd Ghafar berkata, calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum iaitu D, E atau kedua-duanya pula berkurangan iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini.

No comments:

Post a Comment