My Add

Thursday 17 November 2011

UPSR terbaik dalam tempoh lapan tahun di Kelantan

Oleh RAHANA MOHD. DAHARI
KHAMIS, 17 November, 2011: Kelantan mencatatkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 terbaik dalam tempoh lapan tahun apabila mendapat Gred Purata Nasional (GPN) 2.09 berbanding 2.22 pada tahun lalu.

Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang berkata, keputusan UPSR kali ini juga menyaksikan bilangan calon yang mendapat A dalam semua mata pelajaran meningkat sebanyak 0.95 peratus kepada 5,282 orang berbanding 5,128 tahun lalu.

"Peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu sekurang-kurangnya mendapat C turut meningkat daripada 18,715 calon atau sama dengan 52.93 peratus pada tahun lalu kepada 19,868 orang atau sama dengan 58.12 peratus tahun ini, iaitu peningkatan sebanyak 1,153 atau 5.19 peratus,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengumumkan keputusan peperiksaan tersebut di Bilik Gerakan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Koa Bharu, hari ini, lapor Utusan Malaysia.

Hussain berkata, seramai 35,340 calon menduduki peperiksaan tersebut tahun ini di mana 34,499 daripadanya merupakan calon sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 841 lagi calon swasta membabitkan 448 pusat yang diselia oleh 2,166 orang petugas.

No comments:

Post a Comment