My Add

Thursday 17 November 2011

Warga Pekan berkumpul bersama PM esok

KHAMIS, 17 November, 2011: Kelab Anak Wawasan Pekan Pahang (Kawan) mengajak semua warganya di seluruh negara menyertai Himpunan Anak-anak Pekan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, esok.

Presiden Kawan, Mohd. Rosdi Alizah berkata, perhimpunan yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini itu diadakan sempena ulang tahun ke-10 Kawan yang dinaungi sendiri oleh Perdana Menteri.

"Kami menyasarkan kehadiran 10,000 anak jati Pekan ke perjumpaan itu bagi mendengar sendiri amanat yang akan disampaikan Perdana Menteri," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut Rosdi, dengan slogan Kawan Satu Malaysia, Klorge Kawan Besor perhimpunan itu akan menjadi pertemuan keluarga terbesar yang pernah diadakan pihaknya.

 Untuk maklumat lanjut mengenai perhimpunan itu, orang ramai boleh menghubungi sekretariat Kawan di talian 09-4222701 atau layari laman web rasmi www.kawanpekan.org.my.

No comments:

Post a Comment