My Add

Thursday 8 December 2011

Blueprint perlukan sokongan penduduk tempatan

LANGKAWI, KHAMIS, 08 Disember, 2011: DATUK Seri Najib Tun Razak berkata, sokongan daripada rakyat Langkawi secara menyeluruh amat diperlukan bagi menjayakan inisiatif yang terkandung dalam Blueprint Pelancongan Langkawi yang beliau lancarkan hari ini.

Perdana Menteri berkata, tanpa sokongan penuh rakyat, hasrat untuk melihat Langkawi bergerak ke arah yang lebih baik mungkin tidak akan kesampaian.

"Pelan ini akan membawa perubahan yang besar kepada rakyat Langkawi. Ia akan bawa lonjakan kepada masa depan Langkawi,” katanya dalam ucapan ringkas pada majlis perasmian tapak projek Kilim dan Pusat Discovery Geopark di jeti Kilim di sini hari ini.

Beliau berkata, inisiatif-inisiatif yang terkandung dalam pelan terperinci itu bukanlah hanya sebutan berbaur politik, sebaliknya ia adalah janji kerajaan kepada rakyat Langkawi.

Katanya, janji itu diterjemahkan dalam bentuk perancangan teliti dan sistematik yang disokong peruntukan sebanyak RM420 juta yang diumumkan dalam belanjawan 2012 yang beliau bentangkan Oktober lepas.

Najib berkata, apabila transformasi yang bakal dilakukan itu berjaya, ia bukan sahaja akan menjadikan Langkawi lebih maju, malah seluruh penduduk akan mendapat manfaat daripadanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment