My Add

Sunday 11 December 2011

Hasan Ali 'tersepit' mainan parti sendiri?

KUALA LUMPUR, AHAD, 11 Disember, 2011: NAMA Dr. Hasan Mohamed Ali tiba-tiba muncul semula di akhbar arus perdana.

Hari ini, di muka depan Mingguan Malaysia, terpampang kisahnya yang khabarnya tidak dicalonkan Pas untuk bertanding pada PRU ke-13 nanti.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam. melahirkan rasa dukacita kerana mendapati ada pihak cuba mempolitikkan isu pemberian darjah kebesaran Selangor sempena hari keputeraan ke-66 baginda itu.

Siapa?

Ini tentulah ada kena mengena dengan penganugerahan darjah kebesaran Selangor kepada Datuk Dr. Hasan sehingga Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi terpaksa memberi penjelasan secara khusus.

Menurut beliau, penganugerahan darjah kebesaran Selangor kepada exco kerajaan negeri Datuk Hasan Mohamed Ali adalah sebagai memberi keadilan kepada parti komponen Pakatan Rakyat negeri itu.

Beliau yang dipertik Bernama berkata, pemberian anugerah itu bukan atas kapasiti Hasan sebagai ahli politik tetapi atas kapasitinya sebagai seorang penjawat awam.

"Penganugerahan kepada Hasan (tengah) disifatkan memberi keadilan kepada parti komponen Pakatan kerana Selangor ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat yang mengandungi tiga parti komponen iaitu PKR, DAP dan Pas," katanya yang dilapor agensi berita itu.

Pada 2009, Sultan Selangor mengurniakan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (atas, kiri) yang mewakili PKR, dan darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim pada 2010 mewakili DAP.

Tahun ini, Sultan Selangor berkenan menganugerahkan DPMS kepada Hasan.

Sehubungan itu kata Khusrin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita kerana mendapati ada pihak cuba mempolitikkan isu pemberian darjah kebesaran Selangor sempena hari keputeraan ke-66 baginda itu.

Harakahdauly pula dalam ulasannya hari ini, mendakwa isu berkaitan adalah permainan Utusan Malaysia.

Penjelasan Khusrin itu katanya, sekaligus menolak telahan kolumnis tetap akhbar UMNO Utusan Malaysia, Zaini Hassan yang membuat andaian anugerah kepada Dr. Hasan itu perlu dilihat sebagai satu usaha untuk mengahwinkan PAS dan Umno demi perpaduan umat Islam.

Zaini dalam tulisannya yang disiar di akhbar itu 7 Disember lalu mendakwa Hasan sangat diperlukan untuk memainkan peranan “melakukan perkahwinan” antara Pas-UMNO.

Nama Dr, Hassan sering dikaitkan oleh Utusan Malaysia sebagai orang “penting” dalam mewujudkan kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas selepas pilihan raya umum 2008.

Dalam kolumnya itu, Zaini berhujah bahawa di Selangor, faktor Dr Hasan masih lagi penting kerana pengikutnya di dalam Pas sangat besar dan pengaruhnya di kalangan penjawat awam Melayu dalam kerajaan Selangor juga amat besar.

Perkembangan itu, menurut Zaini, memberikan kelebihan kepada Dr Hasan bertindak sebagai pemangkin kepada perkahwinan Pas dan UMNO.

Bagi saya, andaian Zaini tidak boleh ditolak mentah-mentah kerana langkah untuk menyatukan semula kedua parti yang bercerai 'talak satu' itu telah mencapai persetujuan pihak tertinggi Pas tidak lama selepas PRU ke-12.

Cuma kerana 'seorang hamba Allah' membantah perkahwinan semula Pas - UMNO tidak menjadi, terkandas di tengah jalan.

Saya pernah disampaikan khabar oleh sumber tertinggi Pas sendiri, usaha untuk menyatukan semula kedua parti itu telah dipersetujui, tetapi oleh kerana hamba Allah 'yang satu tu' menolak, semua hasil rundingan yang berjalan sekian lama terbengkalai di tengah jalan. 
Sampai la ni, saya tak faham mengapa hamba Allah yang 'seorang tu' benci sangat kepada UMNO?

No comments:

Post a Comment