My Add

Sunday 11 December 2011

Johor Premium Outlet bakal tarik pelabur asing - Najib


 PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika hadir merasmikan Majlis Pembukaan Johor Premium Outlets di Indahpura, Kulaijaya, pagi ini. - Foto Aizuddin Saad

KULAIJAYA, AHAD 11 Disember, 2011:
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat yakin dengan pembukaan Johor Premium Outlet (JPO) yang pertama di Asia Tenggara dan Malaysia bakal menarik lebih ramai pelabur asing dan domestik untuk melabur di negara ini.

Malah beliau turut kagum dengan komitmen berterusan dari Kumpulan Genting melalui anak syarikatnya, Genting Simon untuk membangunkan fasa kedua JPO dengan pelaburan lebih RM100 juta di masa depan walaupun fasa pertama baru memulakan operasinya.

Najib berkata, Kumpulan Genting telah menyatakan hasrat untuk meneruskan pembangunan di Kulaijaya dengan rancangan tambahan 60 premium outlet beserta sebuah hotel dengan kapasiti 2,000 buah bilik, taman tema air dan pusat pameran dan konvensyen antarabangsa.

"Saya amat berbangga dengan pembukaan JPO ini yang merupakan satu projek yang bermakna dan bersejarah di dalam Iskandar Malaysia,"

"Kita harus berbangga kerana Malaysia menjadi pilihan lokasi pertama premium outlet di Asia Tenggara, serta Kumpulan Genting melalui Genting Simon yang berterusan membangunkan sebuah mercu tanda baru di kawasan ini," katanya ketika berucap merasmikan JPO di sini hari ini. - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment