My Add

Sunday 11 December 2011

Semangat kesukarelaan rakyat meningkat

MELAKA, AHAD, 11 Disember, 2011:
SEMANGAT kesukarelaan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini untuk menyertai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) semakin meningkat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurutnya, gelombang itu dibuktikan apabila seramai 2.8 juta orang telah menganggotai Rela sehingga November lalu.

Menurutnya, selain Rela, sukarelawan beberapa agensi di bawah kementerian itu turut meningkat seperti Jabatan Pertahanan AwamMalaysia (JPAM) yang mempunyai sukarelawan berjumlah 400,000 dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pula antara 250,000 hingga 300,000 orang.

Beliau berkata, masyarakat kini tidak lagi memperlekehkan peranan Rela sebaliknya, bersemangat menganggotai pasukan itu.

''Kita dapat lihat keanggotaan Rela tidak lagi di kalangan masyarakat kampung semata-mata, sebaliknya, ia turut disertai golongan profesional, korporat, ahli politik, doktor dan sebagainya.

''Ini membuktikan semangat kesukarelaan rakyat daripada pelbagai kaum untuk menyertai Rela begitu tinggi tidak seperti di awal penubuhannya pada 1 Januari 1972," katanya.

Hishammuddin berkata demikian selepas menyampaikan penganugerahan Pangkat Kehormat Rela bagi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan zon Selatan, di sini, semalam.

Seramai 108 orang menerima pangkat tersebut antaranya ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim; Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop.

Mereka menerima anugerah pangkat Mejar Jeneral. - MM

No comments:

Post a Comment