My Add

Friday 20 January 2012

10 anggota wanita ATM misi Unifil ke Lubnan Rabu ini

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 Januari, 2012: Sepuluh anggota wanita Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berlepas pada Rabu depan sebagai kumpulan kedua Malaysian Company 7 (Malcoy 7) yang akan berkhidmat selama enam bulan di Lubnan.

Kumpulan kedua itu akan berkhidmat di bawah Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) bagi menggantikan kumpulan pertama anggota wanita yang bakal menamatkan misi pada 28 Januari ini.

Kumpulan itu akan melaksanakan tugas di Sektor Timur Kawasan tanggungjawab Unifil, selatan Lubnan di bawah Resolusi 1701 PBB.

Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Datuk Abu Bakar Md. Said berkata, walaupun jumlah anggota wanita amat kecil, namun penglibatan dan sumbangan anggota wanita sangat diperlukan. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment