My Add

Sunday 15 January 2012

121 kursus baru sesi pengajian 2012 - Khalid

KUANTAN, AHAD, 15 Januari, 2012: Kementerian Pengajian Tinggi akan memperkenalkan 121 lagi kursus atau program akademik dalam beberapa bidang yang relevan dengan kehendak pasaran pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kursus-kursus dalam bidang yang berpotensi itu diluluskan kerana ia dapat memenuhi keperluan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan industri pada masa akan datang.

Katanya, antara bidang tersebut ialah perisian komputer, jurutera teknologi, perbankan Islam, pertanian dan program berasaskan pertanian, sains kesihatan, sains sukan, pelancongan serta keusahawanan.

"Melalui pertambahan kursus baru itu, tumpuan terhadap subjek popular oleh pelajar cemerlang seperti perubatan, farmasi dan perundangan dapat dikurangkan.

"Ini kerana kita mendapati kelompok pelajar cemerlang lebih tertumpu memilih kursus tersebut sehingga berlakunya keciciran kerana tempat yang terhad," katanya selepas majlis pelancaran Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), di sini semalam.

Kata Mohamed Khaled, kementerian melihat sudah tiba masanya untuk pelajar cemerlang membuat pilihan lain yang juga mempunyai potensi dan peluang kerja yang luas pada masa akan datang. - MM


No comments:

Post a Comment