My Add

Sunday 8 January 2012

18 bulan diperlukan untuk pilih opsyen terbaik laksanakan RTS

BUTTERWORTH, AHAD, 08 Januari, 2012: Malaysia dan Singapura memerlukan tempoh 18 bulan sebelum memilih opsyen terbaik bagi melaksanakan projek Sistem Transit Pantas (RTS) antara Singapura dan Johor Bahru, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata, kedua-dua negara kini dalam proses melantik perunding bagi mengkaji alternatif dan opsyen bersesuaian untuk menghubungkan Malaysia dan Singapura.

"Kita minta perunding buat kajian yang mana lebih sesuai, yang mana lebih elok. Kos yang terlibat macam mana kalau kita pilih opsyen A, opsyen B atau opsyen C.

"Sekarang kita ada satu (opsyen) iaitu terowong dengan jalan bawah tanah. Jadi, mungkin ada banyak opsyen lagi. Perunding akan kaji, selepas itu, Malaysia dan Singapura akan buat keputusan. Kita akan buat (keputusan) dalam tempoh 18 bulan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Karnival Memancing Malaysia 2012 di Pantai Bersih hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment