My Add

Saturday 7 January 2012

2,000 sertai solat hajat elak kekacauan

MELAKA, SABTU, 07 Januari, 2012: Kira- kira 2,000 jemaah mengadakan solat hajat memohon supaya negara terus menikmati keamanan dan kemakmuran serta terhindar daripada kekacauan akibat perhimpunan haram ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’ yang dirancang diadakan di ibu negara Isnin ini.

Solat hajat itu diadakan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Al- Azim di sini semalam disertai ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri dan Perguruan Gerak Insan Seni Melaka.

Yang Dipertua Perkasa negeri, Abdul Rahim Osman berkata, perhimpunan haram yang dirancang Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merupakan satu tindakan yang sia-sia dan dilihat sebagai usaha untuk mencampuri urusan mahkamah.

Selain itu katanya, ketenteraman dan keselamatan awam juga akan terjejas akibat perhimpunan itu yang sudah pastinya disertai oleh penyokong yang taksub kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga sanggup berjuang membela isu peribadinya.

“Kita berharap dan memohon kepada Allah melalui solat hajat ini agar kekacauan tidak berlaku kerana ia akan merugikan semua pihak tidak kira yang terlibat atau pun tidak.

“Jangan terlalu taksub kepada seseorang kerana taksub itu adalah permainan emosi yang boleh menyebabkan seseorang itu bertindak secara tidak waras,” katanya ketika ditemui di masjid itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment