My Add

Saturday 7 January 2012

300 penyokong pembangkang Sungai Acheh sertai BN

NIBONG TEBAL, SABTU, 07 Januari, 2012: Seramai 300 anggota dan penyokong kuat pakatan pembangkang di Sungai Acheh di sini hari ini menyertai Barisan Nasional (BN) berikutan kecewa dengan pembangkang yang gagal menunaikan janji mereka.

Wakil kumpulan itu, Musa Ali, 52, berkata, mereka yang terdiri daripada anggota Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di kawasan berkenaan keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.

"Semasa berkempen untuk pilihan raya umum pada 2008 lepas, macam-macam mereka janji, tapi bila sudah menang janji hanya tinggal janji.

"Kami sudah bagi mandat untuk memerintah Pulau Pinang tetapi pembangkang tidak dapat melaksanakannya, jadi untuk apa kita nak sokong mereka lagi,” katanya kepada pemberita selepas majlis Silaturrahim 1Malaysia di sini hari ini.

Pada majlis itu, kumpulan 300 orang berkenaan hadir menyatakan sokongan untuk menyertai BN dan mereka turut berikrar menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.

Turut hadir pada majlis yang diadakan di perkarangan rumah bekas Ketua Ranting RKR Sungai Acheh, Ahmad Ibrahim itu ialah Naib Pengerusi BN Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria serta pemimpin tempatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment