My Add

Sunday 22 January 2012

34 wartawan China dipenjara sepanjang tahun lalu

BEIJING, AHAD, 22 jANUARI, 2012: Sekurang-kurangnya 34 wartawan China dikenakan hukuman penjara tahun lalu kerana melakukan beberapa kesalahan termasuk menghasut dan mendedahkan rahsia kerajaan, menurut kumpulan hak asasi tempatan selepas pentadbiran Beijing mengenakan sekatan terhadap media. 

Laporan berita penyiasatan di China meningkat sejak kebelakangan ini walaupun kawalan diketatkan bertujuan mengenal pasti aliran keluar masuk maklumat yang dianggap sebagai ancaman kepada Parti Komunis.

Menurut laporan Pemerhati Kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di Amerika Syarikat (HRW), sekatan penapisan itu meneruskan ancaman kepada wartawan yang melaporkan melebihi garis panduan rasmi. - AFP

No comments:

Post a Comment