My Add

Saturday 7 January 2012

50 murid miskin di Georgetown diberi bantuan pakaian sekolah

GEORGETOWN, SABTU, 07 Januari, 2012: Seramai 50 orang murid miskin di enam sekolah rendah di sini, hari ini, menerima sumbangan pakaian sekolah berupa baucar bernilai RM100 seorang daripada kariah Masjid Jamek Simpang Enam, di sini. 

Murid itu adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Tanjung, SK Perempuan Methodist, SK Tan Sri P Ramlee, SK Perempuan Island, SK Wellesley dan SK Perempuan Residensi.

Ketua Biro Pendidikan dan Kebajikan masjid itu, Ahmad Wahiduddin GM Yusoff, berkata sumbangan yang diberikan sejak 2007 itu turut meliputi murid bukan beragama Islam.

"Setiap sekolah kami akan pilih dua orang murid yang bukan beragama Islam. Kami tidak hadkan sumbangan ini hanya untuk mereka yang beragama Islam saja. 

Kami ingin memberi contoh kepada masjid lain," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan itu oleh pengerusi masjid, Datuk Abdul Rafique Karim. 

Ahmad Wahiduddin berkata, sumbangan itu adalah hasil pendapatan wakaf tanah dan daripada Penang Port Sdn Bhd. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment