My Add

Thursday 19 January 2012

50 PATI ditahan dalam Ops Rantau

SEBAHAGIA daripada PATI yang ditahan dalam operasi bersepadu oleh polis dengan kerjasama Rela di Bukit Antarabangsa dan Ukay Perdana di Hulu Klang, Ampang semalam.

AMPANG, KHAMIS, 19 Januari, 2012:  Polis telah menahan 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar kawasan Bukit Antarabangsa dan Ukay Perdana di sini awal pagi semalam.

Penangkapan itu dilakukan dalam operasi bersepadu berikutan tiga kejadian pecah rumah berlaku di kawasan berkenaan dalam tempoh dua minggu ini.

Operasi bermula pukul 2.30 pagi itu diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Md. Nazri Zawawi bagi mengesan penjenayah yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Menurut Md. Nazri, serbuan yang disertai 220 anggota dan pegawai termasuk 70 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) telah menyerbu dua lokasi iaitu Kampung Sungai Sering dan Taman Ukay Club.

Katanya, operasi yang dikenali sebagai 'Ops Rantau' itu bertujuan membuat pemeriksaan ke atas pendatang asing selain pencegahan berkemungkinan mereka ini terlibat dalam jenayah.

"Sebanyak 50 PATI ditahan dan mereka terdiri daripada 37 warga Indonesia, lapan Bangladesh, tiga Nepal dan dua India," katanya selepas mengetuai operasi itu.

Tambah Md. Nazri, selain itu, pihaknya turut membuat pemeriksaan di kawasan berhampiran secara berskala. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment