My Add

Wednesday 18 January 2012

50 warga asing ditahan di Ampang Jaya

KUALA LUMPUR, RABU, 18 Januari, 2012: Seramai 50 warga asing ditahan di dua lokasi di sekitar kawasan Bukit Antarabangsa iaitu di Sungai Sering dan Taman Ukay Club awal pagi tadi. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazri Nawawi yang mengetuai Operasi Bersepadu Rantau kira-kira jam 2.30 pagi itu berkata, operasi pemeriksaan ke atas warga asing terbabit dilakukan berikutan aduan penduduk berlakunya banyak kejadian samun dan pecah rumah di kawasan mereka.

Antara warga asing yang ditahan ialah dari Indonesia dan Nepal yang bekerja sebagai buruh dan tinggal di rumah kongsi dan kawasan tapak pembinaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment