My Add

Friday 20 January 2012

7 cadangan PSC akan dilaksana

KUANTAN, JUMAAT, 20 Januari, 2012: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan tujuh daripada 10 cadangan diberikan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, tiga lagi cadangan iaitu melibatkan pengundi luar kawasan, pertukaran kawasan pendaftaran dan pengundi tidak hadir yang berada di luar negara masih dalam kajian SPR.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas taklimat kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus untuk persiapan PRU-13 semalam.

Katanya, bagi cadangan ketelusan proses mengundi, pihaknya akan membenarkan mereka yang dipercayai oleh pengundi kurang upaya untuk membantu menanda kertas undi.

"Namun, ia mesti dengan syarat bahawa orang yang akan membantu pengundi berkenaan mestilah warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun ke atas. Selain itu, kita juga akan melihat semula susun atur tempat mengundi," jelasnya.

Menurutnya, SPR telah mengemukakan senarai 12.4 juta pengundi berdaftar kepada MIMOS Berhad untuk tujuan pembersihan data pemilih awal bulan ini.

"Kami tidak menetapkan tarikh akhir kepada MIMOS tetapi kami harap ia akan selesai sebelum laporan akhir PSC dibentang di Parlimen Mac ini," katanya. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment