My Add

Thursday 19 January 2012

963 penduduk Elopura, Tanjung Papat terima bantuan BR1M

SANDAKAN, KHAMIS, 19 Januari, 201: Seramai 963 penduduk di kawasan Elopura dan Tanjung Papat, di sini, hari ini menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 

Bantuan itu disampaikan bersama oleh Menteri Pembangunan Perindustrian negeri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Au Kam Wah.

Berucap pada majlis itu, Tan berkata, kerajaan memberikan bantuan itu bagi meringankan beban rakyat berikutan kos sara hidup yang tinggi dan berharap penerima menggunakan bantuan itu dengan bijak.

Seorang daripada penerima bantuan itu, Pea Seng Guan, 71, berkata dia berterima kasih kepada kerajaan dan dengan adanya bantuan itu dapat mengurangkan beban perbelanjaan keluarganya. 

Bekas guru Bahasa Melayu dari Taman Sibuga itu menyifatkan pemberian bantuan itu menunjukkan kerajaan prihatin mengenai kebajikan rakyat. 

Seorang lagi penerima, Bainah Bani, 64, dari Taman Mesra berkata, pemberian bantuan itu sungguh bermakna kepada keluarganya kerana ia dapat membantu mereka. 

Dia yang bekerja sebagai penjual kuih berkata, kerajaan memahami masalah yang dihadapi oleh mereka dan sentiasa mencari langkah terbaik untuk membantu mereka. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment