My Add

Sunday 15 January 2012

Lupa, tidak timbul dalam fikiran, ridak ingat, tidak sedar

AHAD, 15 Januari, 2012
Perkataan lupa, menurut Kamus Dewan (DBP) bererti tidak timbul dalam fikiran - tidak ingat - tidak sedar.

Mengapa saya bawa bicara perkataan lupa?

Saya sentuh perkara terbabit kerana ia berkaitan rapat dengan kita sebagai manusia yang bersifat lemah, melainkan Allah SWT.

Dengan kata lain, sebagai manusia, kita tidak boleh berpisah, terpisah atau dipisah daripada sifat lupa.

Pada hari Jumaat lalu, saya dijemput oleh sahabat lama, Abdul Rahim Lajis menghadiri perjumpaan tertutup Barisan Nasional Selangor di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort, Seksyen 6, Shah Alam.

Seramai 1,300 orang termasuk 894 ketua pusat daerah mengundi BN Selanor hadir bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN dan Perhubungan UMNO Selangor.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad turut hadir dan sempat menyampaikan nasihat rengkas sebelum beliau berlepas ke Australia.

Dalam ucapannya Dr Mahathir tetap tidak lupa mengulangi dan menyelit keluhannaya...Melayu mudah lupa serta menasihatkan rakyat, terutama orang Melayu supaya berfikiran jauh dan menggunakan akal fikiran dalam apa jua urusan dan kegiatan.

Sambil itu Dr Mahathir bercakap berkenaan veteran UMNO yang banyak mendapat nikmat dan kesenangan daripada UMNO kian terlupa kepada parti keramat yang dikatakan usang oleh lawan.

Menurutnya, orang lama parti yang masih sihat sepatutnya turut bersama membantu UMNO menghadapi cabaran lawan, lebih-lagi menjelang pilihan raya.

Terlanjur bicara, saya ingin sentuh sedikit tentang tenaga-tenaga 'lapok' UMNO yang terlepas pandang setelah sekian lama mereka  membantu parti baik secara langsung atau di belakang tabir.

Sepekara lagi, kepimpinan UMNO. baik diperingkat cawangan, bahagian mahupun perhubungan negeri, dilihat kurang benar sekarang menjemput bekas 'bos' parti untuk turut serta dalam program politik tertentu.

Umpamanya mantan Perdana Manteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi macam dilupakan oleh kebanyakan ahli UMNO.

Pada hal, andai dihetong,  bukan kepalang jasa dan bakti Pak Lah kepada UMNO dan negara.

Pak Lah adalah calon boleh menang sekiranya Najib masih memilih beliau bertanding mewakili BN pada PRU nanti.

Rekod kemengan BN dibawah pimpinan Pak Lah adalah cemerlang, gemilang dan terbilang pada PRU 2004.

No comments:

Post a Comment