My Add

Friday 20 January 2012

‘Ah Jib Gor’ beri angpau kepada SMJK Chong Hwa, Gombak

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 Januari, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa Jalan Gombak di sini untuk pembinaan bangunan baru sekolah berkenaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan telah pun meluluskan model pembangunan projek tersebut dan peruntukan yang diberikan merupakan sebahagian daripada peruntukan Belanjawan 2012 bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

"Sebagai brother... Ah Jib Gor, saya nak beri angpau kepada sekolah ini. Ini sumbangan ikhlas kepada rakyat,” katanya semasa melawat sekolah berkenaan dalam program turun padangnya ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Mengenai laman sosial Facebook bahasa Cinanya ”Ah Jib Gor” yang bermaksud ”Abang Najib” yang dilancarkan tiga hari lepas, Najib berkata laman sosial itu telah menarik kira-kira 12,000 pengikut, dan beliau berharap jumlah pengikut laman sosial itu akan bertambah lagi selepas ini. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment