My Add

Friday 20 January 2012

ak baharui STK pemegang yang gagal sediakan kenderaan

JOHOR BAHRU, KHAMIS, 20 Januari, 2012: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan memperbaharui Surat Tawaran Kelulusan (STK) bagi setiap pemegang yang gagal menyediakan kenderaan perdagangan dalam tempoh yang ditetapkan.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pemegang STK perlu membuat permohonan baru sekiranya gagal menyediakan kenderaan dalam tempoh setahun yang ditetapkan.

"Dahulu pelaksanaan STK adalah fleksibel dan tidak ada tarikh mati sehingga menyebabkan pemegang STK tidak serius dan boleh menangguhkan pembelian kenderaan perdagangan mereka. Ada sesetengah kes, sudah habis tempoh setahun, pemegang STK masih tidak membeli kenderaan mereka dan minta dilanjutkan semula.

"Jadi, dengan adanya tarikh mati dalam tempoh setahun, pemegang STK yang gagal membeli kenderaan perdagangan dalam tempoh setahun tidak akan dapat memperbaharui STK mereka kerana dianggap tidak berminat atau tidak mampu menjalankan operasi lagi,” katanya pada sidang media selepas perjumpaan dengan pengusaha kenderaan perdagangan seluruh Johor, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment