My Add

Wednesday 18 January 2012

Proton boleh rasionalisasi kapasiti pengeluaran kereta

KUALA LUMPUR, RABU, 18 Januari, 2012: Pengambilalihan saham Proton oleh DRB-Hicom dijangka dapat membantu merasionalisasikan kapasiti pengeluaran kereta di negara ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. 

Katanya, isu utama dalam industri automotif negara ialah penggunaan kapasiti yang mana secara mikro, di mana hanya 50 peratus sahaja daripada kapasiti yang ada sekarang sedang digunakan.

Bagi menangani perka ra itu, beliau berharap DRB-Hicom dapat membantu Proton menggunakan sepenuhnya kapasiti, seperti melalui kerjasama DRB-Hicom dan Volkswagen untuk mengeluarkan model Volkswagen di Pekan, Pahang.

Bercakap kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensinya di sini hari ini, Mustapa berkata, kesemua syarikat pengeluar kenderaan di negara ini menikmati insentif yang sama rata sejak kerajaan membenarkan kemasukan kereta dari luar. 

Beliau berkata, kerajaan membenarkan kemasukan kereta dari luar negara ke dalam pasaran automotif tempatan seperti model Toyota yang dipasang di Thailand tanpa dikenakan duti. 

"Ada tanggapan kerajaan beri terlalu banyak insentif kepada Proton, tapi sebenarnya sekarang mempunyai peluang yang sama rata," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment