My Add

Tuesday 10 January 2012

Anggota tentera turut terima gaji 16 Januar

SUNGAI UDANG, SELASA, 10 Januari, 2012: Anggota berpangkat rendah dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan turut menerima bayaran gaji pada 16 Januari ini. 

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata lebih 100,00 anggota yang memilih opsyen berkenaan bakal menerima pembayaran itu yang dibuat awal sempena sambutan Tahun Baru Cina

"Kita (kerajaan) beri awal kepada mereka kerana kerajaan tidak mempunyai sebarang masalah. Semua perkara yang dibangkitkan oleh anggota ATM sebelum ini sudah diselesaikan menerusi sesi dialog.

"Ia (sesi dialog) adalah pendekatan proaktif dilakukan ATM buat pertama kalinya kerana sebelum ini ia bukan menjadi budaya pasukan keselamatan ini. 

"Sebaliknya dilakukan atas semangat memberi ruang kepada kakitangan bertanyakan soalan membabitkan semua sektor iaitu Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Dialog SBPA ATM bersama pegawai dan anggota tentera di Kem Terendak di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment