My Add

Saturday 14 January 2012

Anwar lancar ceramah bergerak raih sokongan

KUALA LUMPUR, SABTU, 14 Januari, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai sedang sibuk menjelajah ke beberapa tempat termasuk luar negara untuk mengadakan ceramah bergerak bagi mendapatkan sokongan selepas dibebaskan daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Isnin lalu.

Menurut sumber, destinasi pertama dipilih oleh Anwar untuk mengadakan ceramah bergerak itu adalah Mumbai, India.

Malah katanya, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu difahamkan telah berlepas ke Mumbai pada malam Isnin lalu iaitu sebaik sahaja beliau dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya.

"Difahamkan tujuan beliau ke Mumbai adalah untuk bertemu dengan rakan-rakan sekutu di negara itu bagi memberi penerangan mengenai dirinya dan beberapa isu yang berlaku Malaysia.

"Selepas Mumbai, beliau difahamkan pergi pula ke Turki juga bagi tujuan sama sebelum meneruskan ceramah bergeraknya di beberapa lokasi dalam negara," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut sumber lagi, ada banyak isu akan dijadikan 'modal' oleh Ketua Pembangkang terbabit semasa berceramah dan antaranya adalah kes liwat membabitkan beliau dan keputusan mahkamah berhubung kes tersebut.

Beliau berkata, Anwar juga dijangka membangkitkan isu berhubung Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dikaitkan dengan suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini.

Katanya, bila tarikh dan lokasi ceramah bergerak itu dimulakan dalam negara, belum dapat dipastikan tetapi ia dijangka diadakan dalam tempoh terdekat ini.

"Matlamat Anwar mengadakan ceramah bergerak ini tiada lain adalah bertujuan meraih sokongan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang," ujarnya. -UTUSAN

No comments:

Post a Comment