My Add

Thursday 19 January 2012

APMM tahan 57 warga Myanmar di Langkawi

LANGKAWI, KHAMIS, 19 Januari, 2012: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 57 warga Myanmar, dipercayai pendatang tanpa izin, yang menaiki sebuah bot di 0.5 batu nautika dari Teluk Burau di sini, semalam. 

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 1 Langkawi, Kapten Maritim Abdul Rahim Abdullah, berkata bot peronda APMM yang ditugaskan membuat rondaan mengesan sebuah bot tanpa nombor di lokasi berkenaan pada jam 1.30 tengah hari.

"Pemeriksaan mendapati bot berkenaan membawa 57 orang warga Myanmar berumur antara 10 tahun dan 50-an, kesemua individu terbabit adalah lelaki dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya pada sidang akhbar di Jeti Perikanan di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, mereka dipercayai berada di perairan selama 20 hari sejak meninggalkan negara mereka untuk sampai ke sini. 

Beliau berkata, bot berkenaan dibawa ke Jeti Perikanan Bukit Malut untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment