My Add

Saturday 14 January 2012

Bazar Sore 1M tidak lulus

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KUALA LUMPUR, SABTU, 14 Januari, 2012: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak cadangan membuka Bazar Sore 1Malaysia di Jalan Prima Setapak kerana jumlah bazar larut malam di ibu negara sudah mencapai tahap maksimum.

Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz berkata, pihaknya sudah pun mengeluarkan surat kepada pemohon bazar itu iaitu Koperasi Gabungan Pemuda Berhad bagi menyatakan keputusan itu.

Menurutnya, keputusan itu juga diambil selepas pihaknya mendapati kawasan tersebut tidak sesuai di samping mendapat bantahan daripada penduduk.

“Tapak untuk bazar berkenaan tidak sesuai kerana berhampiran dengan kawasan kediaman yang boleh menyebabkan gangguan lalu lintas, halangan serta isu kebersihan, " katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment