My Add

Friday 20 January 2012

Betulkan persepsi negatif Akta Persaingan Malaysia 2010

KUALA LUMPUR, JUMAAY, 20 Jnuari, 2012: Akta Persaingan Malaysia 2010 yang berkuat kuasa 1 Januari lalu bukan untuk menyusahkan peniaga, sebaliknya mahu mewujudkan persekitaran perniagaan kompetitif dan adil khususnya kepada pengguna.

Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Tan Sri Siti Norma Yaakob berkata, pihaknya menerima pelbagai rungutan dan tanggapan negatif daripada peniaga berhubung pelaksanaan akta tersebut yang dianggap menyusahkan mereka.

Bagaimanapun, menurutnya, MyCC tetap berusaha menyakinkan pihak berkenaan bahawa pelaksanaan akta tersebut memberi banyak manfaat dan kelebihan terutama dalam melindungi hak mereka.

“Kita ada menerima banyak permohonan daripada syarikat yang mahu mereka dikecualikan daripada akta ini, namun kita percaya mereka ini sebenarnya masih tidak memahami sepenuhnya tentang manfaat dan pelaksanaannya,” katanya pada sidang akhbar taklimat Pelan Strategik MyCC di sini semalam.

Menurut Siti Norma, sebelum akta itu dikuatkuasakan, pihaknya telah mengadakan program penerangan ke beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak selama sebulan pada Disember lalu bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung pelaksanaan akta tersebut.

“Akta seperti ini sudah lama diperkenalkan di negara maju, cuma ia masih baru di negara ini. Sebab itu proses penerimaannya mengambil masa yang agak lama sebelum matlamatnya betul-betul difahami nanti,” katanya. - UTUSAAN

No comments:

Post a Comment