My Add

Sunday 22 January 2012

BN Kedah beri sumbangan kepada kaum Cina

ALOR SETAR, AHAD, 22 Januari, 2012: Sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut esok, Barisan Nasional (BN) Kedah mengambil kesempatan menghulurkan sumbangan kepada kaum Cina yang tidak bernasib baik di negeri ini. 

Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata sumbangan kewangan dan barangan makanan diberikan bagi membolehkan mereka membuat persediaan menyambut perayaan tersebut dengan meriah.

Ini tanggungjawab BN dalam menjaga kebajikan rakyat dengan menghulurkan sumbangan yang diperlukan terutama setiap kali tiba sambutan perayaan di negara ini, katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan Tahun Baru Cina kepada 120 penduduk tidak bernasib baik di Taman Thean Peng di sini, hari ini.

Selain itu pemimpin BN juga turut mengambil kesempatan turun padang menghulurkan sumbangan tersebut dari rumah ke rumah masyarakat Cina bagi mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan masyarakat setempat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment