My Add

Monday 9 January 2012

BN laksana amanah sebaiknya - Rais

RAIS Yatim menyampaikan bantuan kepada penduduk Taman Desa Rhu Sikamat, Seremban, semalam.

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR

SEREMBAN, ISNIN, 09 Janari, 2012: Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menggunakan sebaiknya kuasa dan amanah yang diberikan rakyat dengan melaksanakan dasar serta program yang dapat memberi manfaat kepada mereka.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) berkata, sehubungan itu, rakyat diminta supaya tidak menggadaikan masa depan dengan memberikan kuasa itu kepada pihak lain.

"Kita perlu soal diri kita, apa guna kuasa ini? Adakah ia untuk memperjuangkan orang perseorangan atau untuk negara dan rakyat.

"Sebagaimana kita maklum, orang juga sudah jelik dengan politik jalanan dan kaki lima yang ditunjukkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Nyata, ia tidak mempunyai haluan atau jalan untuk mentadbir negara.

"Mereka ini hanya menabur janji kosong. Cuba tanya diri masing-masing apa yang Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) pernah sumbang di Pulau Pinang atau di Permatang Pauh? Cuba senaraikan dan fikirkanlah," katanya ketika berucap pada Program Jalinan Mesra 1Malaysia di Sikamat di sini, semalam.

Tambah Rais, kuasa yang dimiliki kerajaan hari ini digunakan sebaik mungkin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diberikan kepada rakyat.

"Sebab itu, kita ada program sebegini dan kerajaan kita masih mampu memberikan bantuan awal persekolahan RM100, memperkenalkan gagasan 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500, membantu orang kampung dan susah walaupun dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu masa kini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment