My Add

Saturday 14 January 2012

BN tidak hilang fokus – PM

TAIPING, SABTU, 14 Januari, 2012:  Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan sesekali hilang fokus dalam menabur bakti kepada rakyat walaupun pembangkang sedaya upaya memburuk-burukkan kerajaan termasuk sanggup mempolitikkan badan kehakiman.

Perdana Menteri berkata, pembangkang sentiasa berusaha memburuk-burukkan kepimpinan kerajaan walaupun segala polisi yang diperkenalkan jelas memberi manfaat yang besar kepada segenap lapisan rakyat.

Beliau menarik perhatian sikap pembangkang yang cuba memberi gambaran negatif terhadap kerajaan ekoran keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat baru-baru ini.

‘‘Kalau bersalah, dia (Anwar) kata mahkamah tidak bebas, tapi bila dia dibebaskan, dia kata pula kita takut nak jatuhkan hukuman. Semuanya serba tak kena, dia nak menang saja, apa yang kita buat untuk (kebaikan) rakyat, semua salah.

‘‘Macam-macam kita buat untuk rakyat, inilah agenda kita. Inilah kesetiaan kita kepada rakyat, jangan kita hilang fokus, jangan hilang hala tuju, pokoknya kita sudah melakukan banyak perkara untuk rakyat dalam tempoh tiga tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis makan malam dihadiri kira-kira 30,000 orang sempena program Pemukiman ADUN-ADUN Barisan Nasional (BNBCC) dari seluruh negara di Jalan Simpang, Taiping, Perak, malam tadi. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment