My Add

Sunday 8 January 2012

BN yakin menang 23 DUN di Kelantan pada PRU-13

BACHOK, AHAD, 08 Januari, 2012: Barisan Nasional (BN) Kelantan mempunyai peluang untuk merampas pemerintahan negeri ini daripada Pas dengan sekurang-kurangnya memenangi 23 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia berdasarkan kehendak terkini rakyat Kelantan yang inginkan perubahan.

"(Peluang) ini berasaskan sambutan terhadap program yang dianjurkan BN mendapat sambutan yang luar biasa,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anggota Jawatankuasa UMNO bagi peti undi Kampung Kandis di sini, hari ini.

Turut hadir lebih 200 penduduk kampung itu dan Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, rakyat yang inginkan perubahan itu, kecewa dengan kepimpinan Pas sekarang yang gagal membangunkan negeri itu walaupun diberi peluang memerintah lebih 21 tahun.

Beliau berkata, jika diberi peluang memerintah Kelantan, BN berjanji akan berusaha menyelesaikan pelbagai masalah rakyat dalam tempoh tiga hingga empat tahun. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment