My Add

Friday 20 January 2012

BR1M diberi hasil kekuatan ekonomi dalaman negara - Najib

KUALA LUMPUR,JUMAAT, 20 Januari, 2012: Kerajaan dapat mengagih bantuan RM500 kepada keluarga berpendapatan rendah menerusi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sejak awal tahun ini, hasil kekuatan ekonomi dalaman negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, BR1M juga merupakan hasil daripada keberkesanan kerajaan menguruskan pentadbiran negara.

"Kadar pertumbuhan negara tahun lepas melebihi lima peratus, manakala kadar pertumbuhan pelaburan swasta dari dalam dan luar negara dijangka melebihi sasaran, mencecah RM93 bilion.

"Hasil kedudukan kewangan negara yang kukuh ini, kita mampu beri (BR1M) kepada rakyat. Kewangan kita yang kukuh ini juga hasil pentadbiran kerajaan yang mantap,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Makan Tengah Hari Bersama Rakyat dan Penyampaian BR1M di kawasan padang bola sepak Flat Sri Johor di Bandar Tun Razak di sini dalam program turun padang ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment