My Add

Friday 20 January 2012

Bukti PKR Selangor ambil berat agama Islam

KOTA BHARU, JUMAAT, 20 Januari, 2012:  Pas menyifatkan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama Islam daripada wakil parti itu membuktikan kerajaan Parti Keadilan (PKR) Selangor mengambil berat perkembangan agama suci itu.

Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak mengalami sebarang kerugian atau tamparan hebat berikutan tindakan tersebut kerana masih mempunyai tiga Exco dalam Kerajaan PKR Selangor.

Beliau berkata, pada masa sama, Abdul Khalid boleh menurunkan kuasa kepada ketiga- tiga Exco daripada Pas sekiranya timbul masalah berkaitan Islam.

“Bagi saya Selangor adalah negeri yang kami berkongsi kuasa dengan PKR, kami tidak hilang apa-apa. Kami masih mempunyai tiga lagi wakil, tambahan pula Dr. Ahmad Yunus Hairi memegang portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan yang secara tidak langsung juga berkaitan dengan agama.

“Melihat kepada komposisi Exco saya yakin Menteri Besar Selangor akan memberi kuasa kepada Exco Pas jika timbul isu agama. Saya yakin tidak timbul apa-apa kecacatan,” katanya selepas majlis perasmian Pameran Cina Kelantan di GRV Hotel di sini hari ini.

Sementara itu, Pemuda Pas memohon untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung perubahan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang diumumkan semalam.

Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss berkata, hasrat Pemuda adalah untuk bertemu dengan Abdul Khalid bagi membincangkan perubahan portfolio ahli MMKN yang diwakili oleh Pas.

“Pertemuan ini adalah untuk mendapat penjelasan bagi portfolio baru yang diamanahkan kepada Pas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment