My Add

Saturday 7 January 2012

Buku Rais beri gambaran terperinci landskap politik negara

KUALA LUMPUR, SABTU, 07 Januari, 2012: Buku ”1Malaysia Cabinet: Reflecting on Cabinet Governing” karya Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyingkap secara terperinci landskap pentadbiran politik negara sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan sehingga sekarang.

Buku berkenaan yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di tapak Program Komuniti 1Malaysia (K1M) di Padang Jalan Kantan, Bukit Sentosa dekat sini semalam, merupakan susulan kepada buku “Cabinet Governing in Malaysia” karya Rais yang diterbitkan pada 2009.

Seiring dengan transformasi kepimpinan Perdana Menteri yang dinamik demi pembangunan dan kepentingan rakyat, Rais yang menggunakan nama penanya Dasury telah menjelaskan dengan terperinci mengenai Parlimen, Bidang-bidang Eksekutif, Perundangan, Kehakiman serta Perkhidmatan Awam negara.

Menerusi gaya penulisan yang tersendiri, beliau turut mengolah tentang perubahan melalui dasar transformasi yang dibawa oleh Najib bagi mencapai cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berdaya saing menjelang tahun 2020.

Buku setebal 545 muka surat itu menceritakan kisah Yang di-Pertuan Agong dan dan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran bersempena dengan sambutan kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia.

Rais juga menceritakan transformasi dasar politik negara apabila Umno diberi nafas dan suntikan baru untuk perlu berubah ke arah kecemerlangan bagi memenangi hati rakyat bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berdaya saing.

Menteri itu dalam ucapannya pada majlis pelancaran bukunya itu semalam, berharap buku itu dapat diterjemahkan yang kemudiannya diserap dalam semangat 1Malaysia, digilap dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment