My Add

Thursday 12 January 2012

Calon muka lama Pilihan raya Presiden Indonesia 2014

JAKARTA, KHAMIS, 12 Januari, 2012:Pilihan raya Presiden Indonesia 2014 dijangka terus menampilkan calon muka lama kerana proses meremajakan kepimpinan parti politik nasional masih belum menyeluruh.

Penganalisis politik tempatan, dari Universiti Diponegoro, Teguh Yuwono berkata, Indonesia kini menghadapi krisis kepimpinan.

Katanya, beliau yang mengharapkan tokoh muda akan muncul mengambil alih kepimpinan parti politik selepas pemilihan semula Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk kali kedua pada 2009, tidak melihat perubahan itu berlaku.

"Pada 2014 masih akan didominasi tokoh tua seperti Aburizal Bakrie (Parti Golkar), Jusuf Kalla (Parti Golkar), Prabowo Subianto (Parti Gerindra), Wiranto (Parti Hanura) dan Megawati (PDI-P)," katanya di Semarang, sebagaimana dipetik portal berita Republika, pada Khamis lalu.

Teguh berpendapat, tokoh muda seperti Anas Urbaningrum yang sekarang Ketua Umum Parti Demokrat yang diasaskan Yudhoyono dan Maharani anak perempuan Megawati dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), belum mampu diketengahkan sebagai calon presiden atau calon naib presiden. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment