My Add

Sunday 8 January 2012

DAP tidak minat sertai perhimpunan 901

KUALA LUMPUR, AHAD, 08 Januari, 2012: Ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) sangat mengharapkan penyertaan parti-parti pembangkang lain pada perhimpunan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta esok, DAP dijangka tidak berbuat demikian.

Difahamkan ahli-ahli DAP dan sebahagian besar ahli Parlimen parti itu tidak akan menyertai perhimpunan yang bertujuan memberi sokongan moral kepada Anwar dalam kes liwatnya.

Difahamkan juga walaupun ada arahan dikeluarkan oleh pucuk pimpinan DAP yang menyeru mereka menyertai perhimpunan tersebut, ia tidak mendapat sambutan.

Menurut sumber, jika pun ada penyertaan DAP esok, ia hanyalah dalam kalangan pemimpin tertinggi parti itu sahaja.

Keadaan yang sama pernah berlaku ketika perhimpunan haram Bersih tidak lama dahulu yang mana ia hanya disertai oleh segelintir ahli dan pemimpin DAP sahaja.

``Menyertai demonstrasi jalanan atau perhimpunan haram bukan cara orang Cina.

``Kebanyakan ahli dan pemimpin DAP juga melihat Anwar semakin tidak relevan berikutan pelbagai isu moral terutama kes liwat yang melingkari beliau,’’ kata sumber itu lagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment