My Add

Thursday 12 January 2012

Dasar baru benar mangsa eksploitasi pekerjaan bekerja

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 12 Januari, 2012: Kementerian Dalam Negeri hari ini mengumumkan satu dasar baru membenarkan migran, yang menjadi mangsa eksploitasi pekerjaan dan ditempatkan di rumah perlindungan, untuk bekerja di Malaysia selepas dibebaskan.

Timbalan Menteri kementerian berkenaan, Datuk Lee Chee Leong, yang mengumumkan dasar itu bagi pihak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata, mangsa mestilah memenuhi empat syarat ditetapkan sebelum mereka dibenarkan bekerja di negara ini.

"Syarat-syarat tertentu akan dikenakan terutamanya sebelum mangsa bersetuju, kebenaran daripada perwakilan diplomatik mereka, pengesahan bahawa keselamatan mereka tidak dapat dijamin jika kembali ke negara asal dan mereka telah memasuki negara ini secara sah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Proses Bali Mengenai Perlindungan Kepada Mangsa Pemerdagangan Orang di sini hari ini.

Menurut prosedur semasa, sebaik mangsa dibebaskan dari rumah perlindungan mereka akan kembali ke negara asal.

Chee Leong berkata, dasar baru itu menunjukkan kesungguhan Malaysia dan kemajuan berterusan ke arah penambahbaikan perlindungan mangsa eksploitasi pekerjaan di negara ini. – BERNAMA


No comments:

Post a Comment