My Add

Thursday 12 January 2012

Demo di UPSI: Kertas siasatan diserah kepada pendakwa raya

IPOH, KHAMIS, 12 Januari, 2012: Kertas siasatan berhubung perhimpunan haram melibatkan kira-kira 70 pelajar universiti di perkarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, 31 Disember lepas telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya baru-baru ini untuk tindakan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kertas siasatan itu turut memuatkan rakaman percakapan semua individu terlibat.

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk dibuat keputusan... hasil daripada keputusan yang diputuskan kelak barulah kita tahu tindakan susulan yang akan mereka arahkan kepada kita,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.

Pada majlis itu Shukri turut menyampaikan Anugerah Tahunan IPK Perak kepada 15 penerima.

Dalam kejadian 31 Disember lepas, seramai 17 mahasiswa termasuk seorang wanita ditahan kerana menyertai perhimpunan haram anjuran kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan ambang Tahun Baru 2012 di UPSI. — BERNAMA


No comments:

Post a Comment