My Add

Wednesday 18 January 2012

DRB-Hicom tolak spekulasi pasaran - Mohd. Khamil

SHAH ALAM, RABU. 18 Januari, 2012: Pengarah Urusan DRB-Hicom Bhd., Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil hari ini menafikan cakap-cakap bahawa syarikat itu akan menjual aset, membuat pinjaman dari bank asing dan menggunakan pengaruh hartawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bagi membiayai pembelian saham Proton Holdings Bhd.

"Saya tidak perlu menjual mana-mana aset bagi membeli harta Khazanah Nasional.

"Saya tidak akan menjual (Bank Muamalat), satu entiti perniagaan strategik DRB-Hicom yang menjana pertumbuhan.”

“Para pemerhati industri membuat spekulasi bahawa Syed Mokhtar kemungkinan perlu menjual Bank Muamalat bagi mengumpulkan dana bagi membiayai pembelian itu yang kemungkinan termasuk pinjaman dari bank asing.

"Tan Sri Syed Mokhtar adalah seorang pemegang saham dan kami perlu bersikap adil terhadapnya. Kami melapor kepada Lembaga Pengarah dan bukan kepadanya. Beliau tidak mempengaruhi urus niaga itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment