My Add

Thursday 12 January 2012

Dua KR1M dibuka di Negeri Sembilan

SEREMBAN, KHAMIS, 12 Januari, 2012: Dua buah ”Kedai Rakyat 1Malaysia” (KR1M) telah beroperasi di Negeri Sembilan setakat ini, kata pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan, Mohd Talal Abu Bakar.

Katanya, kedai KR1M yang pertama di negeri ini terletak di Port Dickson Gateway, Bandar Sunggala, Port Dickson yang dibuka pada 16 November lepas, manakala terbaru dibuka hari ini di kawasan perusahaan Dioh, Kuala Pilah.

"Berapa banyak lagi KR1M yang akan dibuka di negeri ini bergantung kepada keputusan pihak pengurusan KR1M iaitu Mydin.

“Setakat ini, kita telah membuat lawatan tapak ke 39 lokasi di seluruh negeri ini. Keputusan membuka KR1M ini juga bergantung kepada kesesuaian lokasinya.

“Tidak semua kawasan sesuai dan ia bergantung kepada banyak faktor,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Talal berkata, di antara kawasan yang dikenal pasti sesuai ialah Nilai, Ampangan dan Senawang, manakala dua KR1M yang sedang dalam pembinaan ialah di Bandar Springhill, Port Dickson dan Pekan Lukut. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment