My Add

Thursday 19 January 2012

Siasatan rasuah bola sepak di bawah kuasa PDRM, SPRM

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 19 Januari, 2012: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bukan badan yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk memerangi gejala rasuah bola sepak di negara ini, kata Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad.

Beliau sebaliknya berkata, skandal rasuah bola sepak adalah satu kesalahan jenayah dan ia adalah di bawah bidang kuasa siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"FAM hanya boleh menghukum pesalah, sama ada pemain atau jurulatih, apabila mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadap pesalah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendakwa sembilan anggota skuad negeri itu disyaki terbabit dalam mengatur perlawanan selepas tewas 2-7 kepada MP Muar pada aksi pertama Liga Perdana pada 9 Januari.

Sehubungan itu, Azzuddin meminta semua anggota gabungannya memikirkan jalan terbaik bagi menyekat gejala rasuah bola sepak yang kembali menular di negara ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment