My Add

Saturday 21 January 2012

Felcra Berhad sasar perolehan RM1bilion tahun ini

JERANTUT, SABTU, 21 Januari, 2012: Felcra Berhad mensasarkan perolehan sebanyak RM1 bilion sepanjang tahun ini berbanding RM900 juta pendapatan pada tahun lalu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, dengan penambahan perolehan itu ia dapat membantu meningkatkan pendapatan 90,000 peserta Felcra di seluruh negara.

Katanya, sasaran Felcra pada tahun ini adalah untuk menambah peserta seramai 10,000 di seluruh negara.

"Selain menambah perolehan Felcra, kerajaan akan melakukan tranformasi luar bandar dengan membawa pelbagai kemajuan penduduk luar bandar.

"Para peserta akan mendapat pelbagai manfaat dan mempunyai pendapatan yang baik,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Masyarakat Bersama Pemimpin di Rancangan Felcra Tembeling Tengah di sini hari ini.

Shafie berkata, Felcra juga akan menubuhkan Tabung Permodalan Peserta Felcra bagi menguruskan kewangan para peserta dengan lebih berkesan bertujuan menambah pendapatan mereka.

Katanya, jika berlaku kegawatan ekonomi pada masa akan datang, tabung itu akan dapat meringankan bebanan keluarga para peserta.

"Felcra akan menyumbang RM10 juta kepada tabung itu dan sebahagian lagi adalah daripada dividen para peserta. Tabung tersebut akan diuruskan oleh sebuah badan profesional supaya pelaburan yang dibuat itu nanti memberikan pulangan lumayan,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment