My Add

Wednesday 11 January 2012

Gempa bumi kuat 7.3 magnitud gegar Banda Aceh

JAKARTA, RABU, 11 Januari, 2012: Satu gempa bumi berukuran 7.3 magnitud melanda pantai barat Sumatera Utara, Indonesia, awal pagi tadi, lapor Agensi Penyelidikan Gelogikal Amerika Syarikat (USGS). 

Susulan gegaran itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami diikuti kerajaan Indonesia namun ia ditarik semula kira-kira dua jam kemudian.

Gempa bumi pada jam 2.37 pagi itu berlaku kira-kira 261 kilometer di barat daya Banda Aceh, ibu kota wilayah Aceh di Pulau Sumatera pada kedalaman 29 kilometer.

Pegawai Agensi Meteorologi dan Geofizik di Indonesia berkata, tiada laporan awal kemalangan jiwa diterima. - AFP 

No comments:

Post a Comment