My Add

Friday 20 January 2012

Gerakan Selangor perkenal 80% muka baru PRU13

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 Januari, 2012: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Selangor akan memperkenalkan 80 peratus muka baru sebagai calon parti pada pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi Perhubungan Gerakan Selangor, Senator A. Kohilan Pillay.

Beliau berkata, mereka terdiri daripada golongan muda yang energetik dan mengikut aspirasi golongan itu serta boleh mendekatkan diri dengan rakyat.

"Kita mahukan calon yang bukan sahaja boleh turun padang tetapi boleh mendengar masalah rakyat serta dekat dengan rakyat,” katanya pada sidang media bagi Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai.

Beliau berkata, ketua jentera pilihan raya bagi setiap DUN telah dilantik dan mereka telah mula menggerakkan jentera-jentera itu dan akan turun padang untuk memantau kesemua DUN berkenaan selepas Tahun Baru Cina ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment