My Add

Wednesday 11 January 2012

Guan Eng 'dihadiahkan' replika jentolak

GEORGETOWN, RABU, 11 Januari, 2012: Seorang pengusaha bengkel motor di sini hari ini cuba "menghadiahkan" Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dengan sebuah replika berbentuk bengkel, tandas dan jentolak sempena ulang tahun pertama premis Mega Xtreme Motornya dirobohkan. 

Bagaimanapun, pengusaha bengkel itu, Mohd Yacoob Mohd Nor 23, yang diiringi oleh beberapa anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Pulau Pinang gagal menyerahkan "hadiah" itu kepada Lim kerana tidak dibenarkan berbuat demikian oleh pengawal keselamatan.

Selepas menunggu hampir 45 minit, pengawal keselamatan di ruang legar pejabat kerajaan negeri di Tingkat 3, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini meminta mereka meninggalkan "hadiah" itu di kaunter pengawal.

Mohd Yacoob berkata, beliau memberikan "hadiah" itu kerana tidak berpuashati dengan tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merobohkan bengkelnya pada 11 Januari tahun lalu. 

"Lesen dan tanah di mana bengkel itu terletak adalah milik persendirian dan bukannya tanah kerajaan negeri dan tindakan merobohkan tidak sepatutnya dilakukan kerana notis perlu diberi terlebih dahulu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Selepas bengkelnya dirobohkan, beliau menghantar sepucuk surat kepada Yang Dipertua MPPP untuk mendapatkan sebab kenapa bengkel itu dirobohkan dan sehingga kini masih belum mendapat sebarang maklum balas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment