My Add

Wednesday 11 January 2012

Guna BPA, bukan saluran politik: Taib Mahmud.


KUCHING, RABU, 11 Januari, 2012: Kerajaan sudah menubuhkan Biro Pengaduan Awam (BPA) sebagai saluran untuk orang awam membuat laporan mengenai sebarang penyelewengan atau salah guna kuasa dalam perkhidmatan awam, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. 

"Orang ramai sepatutnya sedar BPA adalah saluran yang lebih boleh dipercayai dan berkecuali untuk mengemukakan aduan mereka daripada menggunakan saluran politik," katanya semasa berucap melancarkan Hari Integriti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak di sini hari ini.

Beliau juga berkata, kerajaan sudah mengenal pasti rasuah sebagai ancaman utama terhadap kesejahteraan negara dan tanggungjawab memeranginya sudah disenaraikan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Taib berkata, kerajaan negeri juga sudah mengguna pakai dan melaksanakan Arahan Perdana Menteri No. 1/2009 untuk meningkatkan integriti pengurusan pentadbiran kerajaan di Sarawak. 

"Indeks Transparency International (Persepsi Rasuah) mungkin hanyalah persepsi mengenai pihak lain fikir atau beri penarafan kepada kita, tetapi sekurang-kurangnya kita tahu di mana kedudukan kita supaya kita boleh mengambil langkah pembaikan untuk mengatasi kelemahan kita," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment