My Add

Sunday 15 January 2012

Hakim mungkin perlu isytihar harta: Ketua Hakim Negara

PUTRAJAYA, AHAD, 15 Januari, 2012: Hakim mungkin dikehendaki mengisytiharkan harta mereka tidak lama lagi bagi menentukan ketelusan dan integriti mereka, kata Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria. 

Beliau berkata, Jabatan Kehakiman akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perkara tersebut.

"Satu perkara yang saya fikirkan ialah supaya semua hakim mengisytiharkan harta kami, bagi semua hakim mengisytiharkan mereka," katanya ketika merasmikan persidangan empat hari hakim di sini, hari ini.

Arifin berkata, sebaik saja perisytiharan harta itu dibuat, tindakan selanjutnya terserah kepada SPRM. 

"Saya pasti semua anda tidak perlu takut, jadi kita perlu bekerjasama dengan 
SPRM dalam perkara ini," katanya. 

Ketua Hakim Negara itu mengingatkan hakim supaya mengekalkan kebebasan kehakiman dan tidak mengendahkan sebarang campur tangan ketika membuat keputusan penghakiman mereka tidak kira sama ada daripada eksekutif atau pasangan rumahtangga mereka. 

"Tetapi ada campur tangan yang lain, salah satu daripadanya ialah daripada 
pasangan rumahtangga. Jadi pastikan tidak ada perbincangan, itu adalah campur 
tangan terbesar yang terjadi di waktu sepi tengah malam," katanya disambut 
dengan ketawa oleh mereka yang hadir. 

Dengan nada serius, Arifin menambah bahawa hakim mestilah betul-betul bebas 
daripada semua campur tangan termsuk daripada kawan dan hakim lain. 

Mengulas penghakiman, beliau menyeru mereka memberikan penghakiman yang 
kukuh kerana mereka sudah diberi masa secukupnya dan garis panduan dalam bidang berkenaan. 

Katanya, Jabatan Kehakiman akan mengambil tindakan serius jika hakim tidak 
menunjukkan prestasi di tahap yang dikehendaki. 

Arifin seterusnya menyebut bahawa pelantikan dan kenaikan pangkat hakim serta pesuruhjaya kehakiman menerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bukanlah satu tugas mudah kerana panel terpaksa melihat berbagai faktor termasuk 
penghakiman yang dibuat oleh hakim. 

Setakat ini, katanya, panel itu mengesahkan prestasi memuaskan bagi sebahagian 
hakim namun untuk yang selebihnya mereka perlu bekerja kuat. 

Mengulas pengumuman beliau mahukan semua kes rayuan Mahkamah Jenayah dan 
Sivil Persekutuan di Permulaan Tahun Undang-Undang 2012 semalam perlu diadili 
korum lima orang hakim, Arifin berkata, lima adalah angka yang lebih baik 
membolehkan rasional baik digunakan dalam penghakiman. 

Sekarang ini, rayuan di Mahkamah Perseketuan diadili oleh panel tiga 
hakim. 

Bagaimanapun beliau berkata, mahkamah masih mempunyai budibicara membuat 
keputusan mengikut lima anggota panel atau sembilan anggota bagi mendengar kes 
rayuan terpilih, terutama sekali yang membabitkan isu perlembagaan yang rumit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment