My Add

Monday 16 January 2012

Hanya satu pusat pemindahan masih dibuka di Pahang

KUANTAN, ISNIN, 16 Januari, 012: Keadaan banjir di Pahang bertambah baik dengan satu pusat pemindahan yang masih dibuka di Pekan. 

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, sehingga jam 9 pagi ini pusat pemindahan di Sekolah Sinar Mutiara itu menempatkan 323 orang dari 79 keluarga.

"Mereka terpaksa bertahan di pusat pemindahan berkenaan selepas air di penempatan mereka di Kampung Chenderawasih, Sungai Miang masih di paras 0.6 meter," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tiada jalan yang ditutup kepada kenderaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment