My Add

Monday 16 January 2012

Hasan Ali dedah kumpulan parasit dalam siri jelajah

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 Januari, 2012: Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali (gambar) akan mendedahkan kumpulan ”parasit” dalam Pas yang didakwanya  mempengaruhi parti itu dalam program ceramahnya ke seluruh negara tidak lama lagi.

Katanya, kumpulan itu yang berjaya menyusup masuk ke dalam parti kini semakin kuat dan telah memegang pelbagai jawatan penting dan strategik dalam parti berkenaan. "Kumpulan parasit ini mempunyai kumpulan mereka, pertemuan-pertemuan, gagasan, matlamat dan visi mereka sendiri,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Beliau turut mendakwa kewujudan kumpulan ”parasit” itu bukan satu fenomena baru dalam Pas, tetapi kini pergerakan kumpulan itu diteruskan dengan lebih bertenaga.

Hasan bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sama ada kumpulan ”parasit” yang dimaksudkan mempunyai kaitan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Biarlah saya jawab perkara ini semasa roadshow (jerayawara) nanti... kerana antara isi syarahan saya akan bentangkan mengenai isu parasit ini,” katanya.

Katanya, objektif utama siri ceramah itu bukan setakat untuk membersihkan Pas daripada kumpulan ”parasit” yang telah menyebabkan parti itu semakin terpesong daripada landasan asalnya, dan perlu demi memastikan martabat agama Islam, orang Melayu dan Raja-Raja Melayu terus terpelihara.

Isu itu dibangkitkan Hasan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Gombak Setia sebelum ini apabila mendakwa terdapat sekumpulan parasit di dalam parti itu yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain, serta tidak suka isu arak dan murtad diperjuangkan di Selangor. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment